Friday, August 12, 2011
Thursday, August 11, 2011
Shin Chan & Daun Pisang
Cikgu: Shun, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang.
Shun: Untuk mencari makanan cikgu.
Cikgu: Bagus bagus. Sekarang giliran Shin Chan pulak. Apakah tugas daun pisang?
Shin Chan: Untuk membungkus nasi lemak cikgu..

1 kelas..wakakakakakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..!!!
Cikgu: Hmmmm bagus,,,awak berdiri atas meja sampai habis kelas.

Jom Try.. Leh hilangkan stress sekejap..

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar
ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - kereta sorong
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - pagar besi
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan
iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
cth
2 Julai Warna Hitam - Aku menari dengan komputer aku sebab aku gila
KONGSI JAWAPAN ANDA~ (buat ayat tau) ^_~
Ribut Melanda di Kawasan Rumah Kediaman Family dan Rumahku
Terkejut gak..tetiba dapat tahu rumah family di Taman Bandar Baru dan umah aq di Taman Seri Bayu dilanda ribut.. Banyak gak la rumah yang atapnya diterbangkan angin. Kebetulan pula family aq berada di sini, balik raya baru bleh check rumah... hope semuanya ok nanti
Bberikut merupakan sinopsis kejadian..
Sedutan berita dari. Sinar Harian
SUNGAI LALANG – Kira-kira 200 rumah di Taman Bandar Baru dan tujuh rumah di Jalan Seri Bayu 10 di sini, mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat, petang, semalam.
Turut menerima nasib sama, beberapa peniaga bazar Ramadan berdekatan Ambangan Height.
Penduduk, Kamariah Awang, 67, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang apabila angin kuat kedengaran dari luar rumah.
Menurutnya, dia yang tinggal seorang diri bergegas keluar dari rumah menyelamatkan diri setelah mendengar bunyi angin kuat sehingga bumbung rumah berterbangan .
“Masa itu, saya ada di dapur dan apabila dengar bunyi kuat terasa seakan bumbung nak terbalik. Sebaik sahaja saya buka pintu untuk keluar, gelombang angin kuat yang menolak membuatkan saya ingin terjatuh,” katanya.
Tinjauan mendapati selain kerosakan bumbung, sebatang tiang elektrik dan dua buah pokok rendang di Jalan Taman, Taman Bandar Baru turut tumbang.
Penduduk, Zakaria Ismail, 34, dari Taman Seri Bayu, Sungai Lalang berkata, kejadian ribut semalam merupakan antara paling teruk pernah dialami sejak menduduki kawasan berkenaan tujuh tahun lalu.
“Tahun lepas kami pernah mengalami situasi sama iaitu sederet rumah di sini mengalami kerosakan bumbung bahagian luaran, tetapi kali ini keadaannya lebih teruk kerana air hujan turut memasuki kawasan dalam rumah menyebabkan kerosakan peralatan dan perkakasan rumah seperti almari, televisyen dan sofa,” katanya.
Penduduk, Zakiah Mat, 34, berkata, ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari angin kuat sehinggakan air hujan melimpah dalam rumah.
“Memang ada dengar bunyi kuat dua kali waktu itu dan kami sedar bumbung zink diterbangkan angin tetapi tidak sangka perkara itu berlaku kepada diri sendiri,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)